Persatuan Memanah Tradisional Negeri sarawak (PMTNS) dengan no. pendaftaran N-SWK-12733 ditubuhkan dengan tujuan untuk memartabatkan sukan memanah tradisional dan memperkenalkan aktiviti ini kepada masyarakat di sekitar Negeri Sarawak.
Persatuan Memanah Tradisional Negeri Sarawak (PMTNS) ditubuhkan sebagai satu platform rasmi untuk mengumpulkan dan mengembangkan komuniti pemanah tradisional dari semua bahagian di Sarawak — termasuk Kuching, Samarahan, Saribas, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri, Limbang dan Kapit.
PMTNS memberi peluang kepada pemanah dari pelbagai latar belakang untuk berganding bahu, berkongsi ilmu serta mengembangkan seni memanah sebagai warisan budaya yang bernilai.
PMTNS komited untuk memupuk minat terhadap sukan memanah tradisional dalam kalangan generasi muda. Melalui penganjuran kursus, latihan, bengkel teknik, aktiviti sekolah, dan pameran, PMTNS memperkenalkan sukan ini kepada masyarakat secara lebih meluas.
PMTNS aktif menganjur dan menyertai pertandingan di peringkat negeri dan kebangsaan.
Pertandingan ini menjadi platform pencarian bakat baru serta peluang untuk mempamerkan kemahiran dan keunikan memanah tradisional Sarawak kepada masyarakat moden.
PMTNS berkomitmen untuk memelihara, memperkasa, dan memartabatkan seni memanah tradisional agar ia terus relevan dan dihargai oleh setiap generasi, kini dan akan datang.