LATARBELAKANG
Persatuan Memanah Tradisional Negeri Sarawak (PMTNS) ditubuhkan dengan tujuan memelihara dan memartabatkan seni memanah tradisional, khususnya gaya dan teknik. Kami percaya bahawa memanah bukan sahaja satu sukan, tetapi juga satu bentuk seni, budaya dan identiti.
OBJEKTIF, VISI, MISI
PMTNS bertujuan untuk mengembangkan sukan memanah tradisional di seluruh Sarawak dengan melaksanakan aktiviti berkaitan memanah, mempromosikan sukan ini di peringkat bahagian, dan memilih atlet bagi mewakili negeri dalam pertandingan.