Objektif dan Fungsi Persatuan PMTNS
PMTNS bertujuan untuk mengembangkan sukan memanah tradisional di seluruh Sarawak dengan melaksanakan aktiviti berkaitan memanah, mempromosikan sukan ini di peringkat bahagian, dan memilih atlet bagi mewakili negeri dalam pertandingan. Kami juga berusaha menggalakkan pembangunan sukan di peringkat akar umbi melalui penubuhan kelab gabungan, serta menjalin kerjasama dengan badan perwakilan negeri.
Sebagai badan pengelola sukan memanah tradisional, PMTNS memastikan peraturan dan undang-undang dipatuhi oleh ahli, menyelesaikan isu dalaman, dan mengendalikan kursus serta latihan untuk meningkatkan kemahiran ahli. Kami juga menganjurkan atau menyokong pertandingan di peringkat bahagian, memastikan prosedur pemilihan atlet adalah adil dan terbuka, serta mengekalkan hubungan baik dengan badan pengelola dan persatuan lain.
VISI:
Menjadi persatuan terkemuka dalam mengembangkan sukan memanah di seluruh Sarawak.
MISI:
Mengadakan latihan dan program kesedaran untuk memupuk minat masyarakat terhadap sukan memanah.
Menyediakan platform bagi atlet menunjukkan bakat melalui pertandingan dan kejohanan.
Menjalinkan hubungan dengan komuniti dan organisasi lain untuk memperluas penglibatan belia dalam aktiviti memanah.
Dengan objektif dan fungsi ini, PMTNS berkomitmen untuk memartabatkan sukan memanah tradisional di Sarawak, selaras dengan visi dan misi persatuan.